Friday, December 16, 2011

KARNIVAL KOKURIKULUM BERKREDIT

cucu tok wan pasang pelita,
duduk berborak di atas para,
awal bismillah pembuka kata,
saya menulis membuka bicara.

amboi nak berpantun pulak aku hari ni. maaf, aku tak pandai berpantun sebenarnya. tapi entah kenapa, saja-saja mencuba untuk entry hari ini :P

tajuk utama hari ni : karnival kokurikulum berkredit

karnival kokurikulum berkredit ini merupakan aktiviti yang dijalankan untuk semua pelajar awam tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. pada awal2 semester dahulu, setiap pelajar wajib mendaftarkan diri untuk sebjek koko tambahan, 2 mata kredit.

untuk aku pula, memang tak boleh lari dari apresiasi muzik. jadi, aku telah mendaftarkan diri untuk menyertai kelab muzik gamelan.


Ahli kelab kami terdiri daripada 26 orang pelajar awam. kami menjalani sesi pembelajaran selama 12 minggu. terima kasih kepada pensyarah kokurikulum kami, Pak Herman yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Gamelan. aku sememangnya dari dulu, berminat dengan muzik ini. semasa majlis graduasi tamat tingkatan 5 dahulu pun, sekolah kami telah mengundang pasukan gamelan. biasalah, kita memang selalu dengar muzik gamelan ini dimainkan untuk majlis2, adat istiadat rasmi.

alhamdulillah, aku dapat mengambil peluang untuk mempelajari muzik ini. barulah aku tau, setiap jenis alatan, lagu2 yang dimainkan, dan juga teknik2 yang digunakan. ternyata bukan mudah untuk bermain gamelan. fokus dan kepekaan yang tinggi amat diperlukan dari setiap ahli yang memainkan peralatan-peralatan yang berbeza.

bagi karnival koko pada kali ini, sekali lagi aku bertuah, kerana pasukan aku iaitu kumpulan B terpilih untuk membuat persembahan, manakala pasukan A ditugaskan untuk melakukan kerja2 pengurusan.


Pada hari ini, pasukan kami menyampaikan 2 lagu. iaitu lagu perarakan dan lagu timang burung. aku pula dipilih untuk memainkan gambang. :)


wahai rakan2, inilah gambang :) *muka bajet ayu je aku kannnn ==" haha

persembahan berjalan dengan lancar sekali. nak tengok.? play lah video bawah ni. :)

video


terima kasih kerana tidak jemu mencurahkan ilmu kepada kami Pak Herman :) bagilah kami semua dapat A okay.? hehe

oh ya, selain dari itu, persembahan2 lain juga tersangatlah menarik. terutamanya persembahan roommate2 aku. mereka semua ada bakat menari, tak macam aku, kayu jati. hehe.


oh jealous, semua dapat make-up cantik2, aku pulak pakai baju pink terang macam janda berhias umno je =="

Apa-apa pun, semuanya terbaik.! habis sem 1, mesti rindu nak main gamelan lagi. :(

-fin-

0 comments: