Sunday, October 16, 2011

SSAS 2011 : Penanaman Bakau

Pada hari ini, satu lagi program perlu aku turut serta iaitu Sukarelawan Siswa Alam Sekitar 2011 di Pantai Haji Dorani, Sabak Bernam untuk projek penanaman pokok bakau. Projek ini adalah hasil usaha Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia atau lebih dikenali sebagai MASKUM.

Bas dari UPNM bergerak seawal jam 3 pagi agar kami boleh tiba ke destinasi sebelum jam 7. setibanya kami di sana, aku dan beberapa rakan universiti telah turut serta menjadi AJK.

Setelah ucapan perasmian dan beberapa taklimat khas, semua mahasiswa-siswi dilepaskan ke kawasan2 yang ditetapkan untuk menanam spesies bakau.


Selut yang sangat dalam agak menyukarkan pergerakan. namun atas dasar khidmat bakti terhadap alam sekitar, semuanya diredah dengan cekal :D


lihatlah sukarelawan2 ni, bertungkus lumus, bermandi lumpur bagi menanam pokok bakau. kerja yang bagus rakan2. syabas.!


untunglah jadi AJK sambutan VIP kan, tak perlu nak berlumpur. :P

0 comments: