Assalamualaikum :) hujung minggu yang memenatkan, tapi banyak kenangan manis. Sepanjang 4 hari dari 30 September 2011 - 3 Oktober 2011, aku dan 11 orang lagi rakan se-universiti telah dipilih untuk mengikuti program anjuran Kementerian pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama FELDA iaitu Program Khidmat Bakti.
Destinasi kami ialah, wilayah Felda Raja Alias, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Negeri Sembilan dengan aku macam tak dapat dipisahkan. Sekolah rendah dekat Negeri Sembilan, matrik pun dekat Negeri Sembilan, pergi program universiti aku yang pertama pun Negeri Sembilan juga. jodoh. :)
Wakil dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia hanya seramai 12 orang (2 ladies dan 10 guys) yang terdiri daripada seorang pelajar tahun 3, seorang pelajar tahun 2, dan 10 orang pelajar tahun 1. *wah, macam report setiausaha =="
Setibanya kami di sana, kami telah dipecahkan kepada tiga kawasan iaitu, wilayah Raja Alias, wilayah Serting Hilir dan wilayah Palong. Kami dipecahkan kepada 4 orang satu wilayah. Aku dapat wilayah Serting Hilir bersama dengan senior, Puan Aliyah Omar dan juga bersama Faiz dan Wafi.
Kami 3 kumpulan pun bergerak ke wilayah masing2 untuk diberikan keluarga angkat. wah, tak sabarnya.! excited aku berjumpa dengan orang-orang baru. hee ;)

Aku dan Wafi merupakan anak angkat tunggal dalam keluarga angkat kami, Puan Aliyah pula dapat adik angkat cina dari UCTI manakala Faiz pula dapat kakak angkat Somalia juga pelajar antarabangsa UCTI. Kami dilepaskan untuk pengurusan sendiri agar dapat lebih bermesra bersama keluarga angkat masing-masing :)
Ayuh berkenalan dengan keluarga angkat aku. Ayah angkat aku bernama Nordin. Mak angkat aku pula namanya Siti. Aku punya adik-beradik angkat pula ada 5 orang. 4 perempuan dan 1 lelaki. Ada yang sama baya dengan aku, namanya Hajar. aku juga rapat dengan Aida dan jugak adik dan juga kak long. Abang pula lebih banyak diam je. segan juga kan. hehe. Senang cerita, aku bersyukur dapat keluarga angkat yang dengan tangan terbuka menerima aku.
Setiap masa aku terisi tanpa bosan. Rumah dah lah wi-fi laju. giatlah aku mengadap laptop.hehe. tapi, itu aktiviti biasakan. so, nak lagi mencabar.? aku pun apa lagi, mula merempit la dengan Hajar and Aida. memang rock lah dapat adik beradik angkat macam ni kan. satu Felda aku round. melawat rumah keluarga angkat teman2 universiti aku semua :)
Hari pertama aku di Felda Serting Hilir sudah pun mencatat memori yang best sangat.! :D
Beranjak ke hari kedua, kami semua perlu berkumpul di dewan serbaguna untuk sama-sama berangkat semula ke Wilayah Raja Alias untuk Perasmian Majlis. Jadi, kami semua menaiki bas dan bergerak ke sana :)
Setibanya kami di sana, kami dapat makan free, ronda2 perniagaan Felda, dan juga, pergi check gigi. Ini merupakan khidmat Bakti UiTM kepada penduduk.
Tamat aturcara di sini, kami pulang semula ke Wilayah Serting Hilir, di mana aktivitinya ialah pengurusan sendiri a.k.a layan diri lah, lepak je suka hati kau nak buat apa. aku pula bergerak ke rumah Faiz, dan lepak bersama keluarga angkat dia. Faiz ni syok, dapat adik -beradik angkat kembar. dah lah macam tu, Mak angkat dia pulak bagi pakai kereta. lagi mudah lah bergerak dengan dia ni. Masa kami dihabiskan dengan aktiviti yang sangat best.! hehe
best, best juga. kerja jangan lupa. kami pergi sini bukan unguk seronok semata. ada program yang telah diberikan kepada kami untuk diuruskan. Khidmat Bakti UPNM pula ialah aktiviti Senam Robik untuk penduduk kampung dan peserta. Jadi, pada malamnya pula, kami berlatih senam robik, agar semuanya berjalan lancar pada hari keesokannya. :)
Bangun pagi, sarapan roti canai yang mak aku buat, aku pun bergerak ke Dewan serbaguna di mana tempat Senam Robik diadakan. well, bab Senam Robik ni memang aku lah yang lead kan. minat. hehe. teringat zaman sekolah, setiap Rabu datang depan lead satu sekolah buat aerobik. okay, itu kisah lama. tutup tab. cerita pasal sekarang.
Dengan keberanian dan tekad, naik ke atas pentas, lead senam robik. woahh, best. Bukan senang nak command penduduk Felda dan juga foreign students UCTI pada masa yang sama kan. kemahiran komunikasi dan kredibiliti yang tinggi sangat diperlukan di sini. *hyperbola lah kau Haziqah =="
Senam robik, chicken dance, tarian satu Malaysia dibuat tanpa henti. semuanya berjalan dengan jayanya, memang pecah peluh lah semua orang pagi tu kan. everybody is having fun. and, Alhamdulillah, program kami berjaya :) yeayy.! Mak aku cakap, pandai Haziqah menari, suka mak tengok. *wah, bangga.! ;p
Aktiviti seterusnya, ronda-ronda serting hilir.! best sangat, jalan2 naik land rover, tau lebih lanjut tentang Felda, perusahaannya, pengurusannya. Team kami pula ramai foreigner UCTI. depa memang Havoc.!
Lepas habis ronda-ronda, kami semua balik rumah Faiz. sebab Ibu ajak pergi Orang Kahwin. wah, dah lah makan masakan ibu dah banyak. nak kena makan juadah Orang Kahwin pulak.? bantai je lah. yang penting hati senang punyaaa :)
Selepas kekenyangan, kami semua melepak je kat Rumah mak Faiz. sebabnya dah tak larat satu, kebetulan, team dari Raja Alias, Tuan fadhli dan Din nak mai datang Serting Hilir. kami pun tunggu je lah. Setibanya depa kat sana, sembang punya sembang, tercetuslah Idea nak pergi Air Terjun pulak. wah, perancangan sendiri ni. haha.
Adik-beradik angkat Faiz lah yang cadangkan tempatnya. kami ke Air Terjun Serting Ulu. punyalah lama tak pergi air terjum. bila dapat pergi, ramai2, meriahnya. seronok.!
terasa cepat sangat, dah hari terakhir di Negeri Sembilan. Pagi ini kami ikut Program Khidmat Bakti UCTI di Sekolah Menengah Serting Hilir. Program untuk memperkasakan Bahasa Inggeris, dan bina keyakinan yang lebih untuk bertutur dalam English.
Tamat program tersebut, kami semua meronda ke setiap rumah keluarga angkat kami. sedih, sebab hari ni, dah hari terakhir. entah bila berkesempatan untuk berjumpa lagi. :(
Tibalah masa untuk peserta-peserta Serting Hilir untuk berpisa dengan keluarga angkat masing-masing. sedih. terima kasih semuanya. harap kita akan terus berhubungan, dan kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. InsyaAllah. :D
kami menaiki bus UCTI dan menuju ke Raja Alias untuk Majlis Penutupan Program. Sepanjang dalam bus memang havoc gila, iyalah, mana tak nya, kami semua dari negara, latar belakang yang berlainan, tapi satu kepala. berjoget, karaoke lah dalam bus tu. yang tak boleh lupa, sibuk depa nyanyi lagu Siti nurhaliza, P. Ramlee. wahh, giat betul. Hope UCTI and UPNM dapat buat program bersama cuz u guys rocks.! ;)
Tiba di Raja Alias, kami bergerak ke rumah keluarga angkat Tuan Fadhli dan Din dulu untuk makan2. kelebihan join program ni, bukan setakat kita kenal satu keluarga angkat sahaja, tapi ibarat, semua keluarga merupakan keluarga angkat kita. pengalaman macam ni sangat susah nak dapat. dan aku rasa sangat bertuah dapat join aktiviti macam ni.
Setelah tamat Majlis Penutupan, kami semua bergerak pulang semula ke UPNM, kandang besi yang amat kami sayangi :)
*okay, asing semua baju kotor, esok lepas kelas balik rumah masuk washing machine. hehe. iya, untunglah rumah dekat. kan. terima kasih. :D









0 comments:
Post a Comment