Tuesday, October 11, 2011

the last date

Hari ini hari Selasa, bersamaan dengan tanggal 11 oktober. semalam aku telah membuat janji dengan doktor cintaku, untuk berjumpa buat kali terakhir. :( sedihnya. terasa seperti baru semalam dia pulang dari bumi kinanah tempat dia menimba ilmu. hmmm. ternyata, masa kalau dilalui dengan perkara yang menggembirakan terlalu cepat rasanya berlalu.

tamat kelas jam 10pagi, aku bersiap apa yang patut, dan pergi menemuinya. aku tak nak bazirkan sedikit masa pun yang tersisa untuk bersamanya.

seperti biasa, aktiviti kami, tak lain tak bukan, menonton filem lah. :P kebiasaannya, aku yang memilih cerita, dia ikut kan je. tapi kali ini, aku suruh dia yang pilih. so, pucuk dicita ulam mendatang lah. dipilihnya cerita seram. aduh, lemah betul aku nak tengok cerita seram melayu ni. memang sepanjang masa aku tutup mata lah dalam panggung.


ada satu part yang betul2 membuatkan aku terjerit. yang lain2 aku cover lagi, hehe, cover penglihatan dari engok lah. ada scene di mana fathia datang rumah pierre. memang tak sangka bab seram, so aku tengok lah. tapi selepas dialog ''bila masa pulak saya keluar dari rumah ni.?'' tupp.! seram gila.! go go watch it.!

tamat menonton al-hijab, kami tengok the three musketeers pula. pilihan aku. mestilah cerita yang best2, yang penuh dengan humor. heee



bila tengok filem macam ni, rasa macam nak je try pakai bengkung ketat2, gown gadis2 lama tu. cantik.!

the rest of the day, kami berdua just menghabiskan waktu. masing2 kalau boleh nak je masa tu berhenti. tapi apakan daya, itu mustahil. sob3 :'(

0 comments: