Tuesday, September 6, 2011

U.P.N.M

6 september 2011, tarikh aku melangkah masuk ke menara gading. sungguh, tak kusangka, aku kini sudah bergelar mahasiswa, yang harus berjuang menimba ilmu selama 3 tahun lagi untuk membawa pulang segulung ijazah.

bila sudah sampai ke tahap ini, aku mengimbau kenangan-kenangan lampau. saat di mana ibu dan ayah mengajar membaca, menulis, mengira, kemudian dimasukkan ke taman Didikan kanak2 KEMAS untuk didikan yang lebih kukuh, kemudian perasaan teruja memasuki alam sekolah rendah, kemudian menengah, seterusnya matrikulasi.

banyak kenangan manis, pahit, jatuh bangun selama aku melalui tahap2 itu semua. perasaan ketika menjadi pelajar terbaik, harapan semua, hinggalah kelalaian menguasai, menghumban aku jatuh tersungkur menjilat tanah. duh, banyak yang telah aku siakan selama ini. tapi, terima kasih, syukur ke hadrat-Nya, aku masih diberi peluang, untuk bangun, untuk mencorak masa depan yang ku harap lebih sempurna.

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. di sini tempatku sekarang, aku melangkah masuk dengan penuh iltizam, menggalas harapan dari orang sekeliling ku yang mengharapkan sebesar-besar kejayaan. cukuplah kekecewaan dan kehampaan, aku berazam untuk lebih gigih mencari kejayaan. semoga dengan doa dan redha-Nya, aku berjaya.

amin.

0 comments: