Saturday, September 24, 2011

Tanggal 24 September 2011 :D


Setiap orang, ada kisah, ada memori, ada tarikh penting dalam hidup masing-masing. bagi aku, tanggal 24 september adalah tarikh keramat yang aku sentiasa ingat dan nanti-nantikan.

24 September 2010, setahun yang lepas, merupakan tarikh permulaan segalanya. tarikh di mana aku dan si dia, mencipta sebuah ikatan :)

Pejam celik, pejam celik, dah setahun. apa orang kata, setahun jagung.? wah, sebenarnya, bukan senang ya bagi orang yang macam aku ni, nak ada hubungan serius. setahun pula tu. mungkin kelihatan sekejap, tapi lama okay. setahun. 12 bulan. 52 minggu. 365 hari.

memanglah tak boleh nak lawan bagi sesiapa yang dah lebih tu kan, tapi, bagi setiap orang, ada permulaan yang berbeza. ini permulaan aku. dan aku, akan terus mengira detik-detik yang bakal menjelma.

buat kekasihku, doktor cintaku, mungkin kita terlalu muda, untuk menjangka, mengharap, untuk sesuatu yang besar, tapi, tak salah untuk kita menaruh harapan bukan.?

macam yang kau selalu kata, untuk mencapai sesuatu, kita perlu ada matlamat jangka masa panjang. berusaha, dan berdoa untuk mencapai matlamat tersebut.

dah setahun berlalu, masih panjang jangka masa untuk mencapai matlamat itu, tapi, janji kau dan aku, bersama kita mengejar matlamat yang satu :)

Dan sayang, terima kasih, kerana masih bersabar, dan beri kepercayaan kepada diri kita berdua. aku sayang kau sangat-sangat.! ;)

video

Dear MFHTA,

Setahun telah berlalu bersama memori yang tersangatlah indah. terima kasih sayang :)

yang sentiasa menyayangimu,

NHFAS :D

0 comments: