Hari ini hari khamis. dan aku tamat kelas jam 10. terus aku jumpa Dr. Cinta aku :) tapi malam aku perlu pulang ke kandang besi semula. aww, so sad. :(
kami pergi tonton cerita ni lah. ommo ommo, sebab taylor lautner je aku tengok cerita ni. heee ;) sangat best.! tengok, jangan tak tengok tau.! :D
selesai menonto, makan2, borak2 semua, dalam jam 6 lebih kurang, tiba-tiba aku dapat call dari ibu. ibu kata, tak payah balik rumah, datanglah hospital dulu. eh, aku dah cuak. kenapa pulak ni.? ibu cakap adik nak operation. eh.? lagi lah terkejut, angin tak ada, ribut tak ada. tiba2 nak operate bagai kenapa.? hmm
aku dan fazrin pun, apa lagi, bergegas lah ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Naik wad pediatrik, jumpa ibu dan ayah. dan adik. yang tidur dekat atas katil.
Ibu and ayah mulakan cerita. alkisah, rupa-rupanya, adik aku tertelan duit syiling 50 sen. haaa.? macam mana boleh macam tu pulak.? haha. tertanya-tanya kan, kan.? :p
kejadian berlaku di SK Jalan Peel, bekas sekolah rendah aku, yang juga sekolah adik aku sekarang. adik aku ni suka sangat tengok tv. generasi Y lah katakan, kan. sekarang kan ada gameshow Nabil Raja Lawak dekat Astro Ria tu, ala, apa tu, haaa, "Anda ada 60 saat".
Cabarannya, dalam masa 60 saat, perlu letak biskut di dahi dalam keadaan mendongak, dan gunakan pergerakan muka, untuk masukkan biskut tu ke dalam mulut. adik aku pula, punyalah pandai, pergi guna duit 50sen.
jeng, jeng, jeng, cabaran berjaya.! adik aku berjaya mengumpul wang sebanyak 50 sen, di dalam kerongkongnya.! =="
Cikgu dia bawa dia ke HUKM dan call parents aku, dan di situlah dia, terbaring dekat atas katil hospital, sebab lapar, and tak boleh makan, sebab ada 50 sen kat tekak.
Kami semua memang lah risau, tapi, bila recall semula, punyalah lucu kisah adik aku ni. kami semua mengekek ketawa. LOL

Ini dia budak 50sen ni, harap2 peristiwa ini dijadikan teladan ya adik-adik. :)

0 comments:
Post a Comment