21 Disember 1992. Tanggal aku dilahirkan. lahir pula pada 12.17 tengah hari. mungkin sebab itu warna kulit aku kuning2 langsat gitu. kalau lahir malam pula, gelap. ahh, mitos orang zaman dulu. haha. orang kata, kalau lahir tengah matahari sedang terpacak, panas baran. aku tak lah panas baran. tapi aku mudah marah, juga mudah reda kemarahannya. aku bukan pendendam, tetapi aku akan ingat, sukar untuk lupa.
Anak Sulung dari empat orang adik-beradik. Kak Long, Kakak, Kak Yong. eee. memang tak lah nak ber-akak2 aku ni. Aku akan pastikan adik-beradik, sepupu sepapat, panggil aku Along. simple. Setelah lima tahun ibuayah aku berkahwin, baru lah aku muncul. Jadi, aku ni lagi banyak lah gambar, video, teddy bear, mainan dan segala2nya lah banyak. aku ada 2 adik lelaki dan seorang adik perempuan. Azim Fathullah (angah), Hazirah Fatin (baby), Azfar Fadhullah (adik). Kami tak rapat mana, sebab aku kategori garang, tapi kalau kami dah bergaul, memang berseloroh tak ingat dunia. Bila gaduh, aku tak masuk campur. malas. aku tak suka bergaduh. haha. Tapi, aku sayang mereka, hingga ke akhirnya. Biasalah, adik beradik, air yang dicincang tak kan putus. :)
Aku bayi Sagittarius. seorang yang adventurous, kuat bersaing, penuh ciri kepimpinan. wahh.! tapi aku rasa, aku seorang yang sukakan perhatian. mudah untuk disimpulkan, gila kuasa. aku suka menjadi ketua. aku bukan tak suka diarah. tapi aku lebih suka mendengar pendapat orang lain, buat keputusan, dan orang hormat keputusan kita. ingat kembali zaman sekolah ; penolong ketua pengawas (ahh,,aku tewas juga) , pengerusi kadet polis, kapten rumah kuning, kapten bola baling sekolah, pengerusi SLAD, ketua dikir, zaman matrik pula ; ketua dikir, koir, basketball, senang cerita pergi mana2 aku lebih gemar jadi orang kuat, kalau ketua,lagi aku suka. tapi aku bukan gila kuasa semata. aku akan pastikan bila aku mengetuai sesuatu tugasan, aku akan bersungguh2.
Imbau kembali zaman kegemilangan (cewahh), sekolah lah yang telah banyak membuka peluang untuk aku. Aku bersekolah tadika sejak berumur 4 tahun. pertama sekali semasa aku duduk bersama dengan aki dan wan aku, di Tadika sekolah Kemahang, Pahang. Kemudian, kami sekeluarga berpindah ke Negeri Sembilan. Aku bersekolah di Tadika Kemas Rompin. Darjah satu aku bersekolah di SK Rompin Negeri Sembilan hingga darjah 3. Selepas itu, kami sekeluarga berpindah pula ke Kuala Lumpur dan aku meneruskan darjah 4 di SK Jalan Peel Kuala Lumpur sehinggalah aku tamat UPSR. Sekolah menengah pula, 5 tahun aku habiskan di SMK Convent Jalan Peel Kuala Lumpur. Banyak peluang dan benda baru aku belajar di sekolah, dan aku sangat rindukan zaman persekolahan. Tup Tap Tup Tap, aku jadi budak kolej pula. Kolej matrikulasi Negeri Sembilan. future.? masih di dalam anganan. dan harapan menggunung.
Cita-cita. entahlah. waktu aku kecik-kecik dulu, aku nak jadi doktor. biasalah, budak2. tapi bila dah mula belajar,, aku tak gemar sangat sains ni. Sampai form 5 je aku ambil Bio. masuk matrik, aku hanya ambil jurusan sains fizikal. lepas habis SPM, aku nak masuk UPNM. nak jadi pegawai kadet. tapi rezeki takde. sekarang aku masih menanti keputusan UPU. aku mohon Pengajian Strategi dan Perhubungan Antarabangsa. aku dah pergi interview hari tu. kalau ikut interview, aku rasa peluang cerah, tapi results aku tak lah bagus. Sekarang cuma menanti, berdoa dan berharap sajalah. Aku juga pernah teringin nak jadi artis, tapi bila aku fikir balik, ahh,, tak usahlah. Setakat hobi,, suka2 takpe lagi. Aku juga pernah teringin nak jadi jurugambar, macam ayah aku. tapi aku nak kerja yang stabil. aku perempuan. masa depan aku perlu lebih 'in-schedule'. Jadi aku sedar, free-lance job tak sesuai untuk aku. ahh, cita-cita. Bila kita selalu hidup dalam sia-sia, cita-cita tak kan ke mana. Cuma harapan yang tinggal sebelum menemui kepastian.
Aku seorang yang kinestetik.! Kinestetik ni seorang yang kategori hyper pun boleh jugak lah. ya, aku memang seorang yang sangat kecoh. Aku mudah bergaul. kadang2 tak tahu malu pun ada jugak. tapi bagi kes aku, aku rasa bukan tak tahu malu, cuma lebih keyakinan diri berbanding orang lain. ya, aku tak malu berada di depan khalayak ramai. walaupun cuak, tapi aku tetap beranikan diri. Tambahan lagi, aku ni terlampau riuh, gedik sikit2 (ada orang rasa gedik banyak), ganas tak macam wanita lemah gemalai yang lain, dan blur kadang2. Boleh dikategorikan dalam spesies wanita pelik jugak. haha.
Pergaulan. lelaki dan perempuan. aku suka bergaul dengan perempuan yang mudah bergaul dengan lelaki dan lelaki yang mudah bergaul dengan perempuan. lelaki, mereka sempoi. kalau cakap, kutuk, straight forward je. senang berkawan dengan depa tapi kadang2 kita azalinya yang memang perempuan, tak bolehlah terlampau mengikut flow lelaki. perempuan, lebih kena jaga hati. dan perempuan jugak banyak sangat hasad dengki. kekadang, kita berkawan, tapi tak berkenan dengan kawan kita ; ini statement umum, sebab aku pun ada juga macam tu. jadi sebab tu aku suka berkawan dengan orang yang easy going lah senang cerita. dan Alhamdulillah, aku senang berkawan dengan kesemua teman-teman aku. aku harap mereka pun senang berkawan dengan aku. Kalau ada salah silap, harap dimaafkan.
Simpan dalam. Aku ni tak reti meluahkan. Sama erti kata dengan ego jugalah. Aku tak retilah, kalau ada masalah, jumpa orang, cerita. menangis. aku jarang menangis. tapi, bila aku dah makin besar, rasa macam banyak kali juga menangis. kalau dulu lah, ibu rotan pun aku buat muka toya je walaupun rotan tu dah terbarai sekalipun. tapi, aku perasan, sejak masuk matrik aku lebih sensitif. mungkin sebab aku dah matang sikit, yalah, hidup berjauhan dengan keluarga, keputusan kebanyakan kita buat sendiri. usia mematangkan pemikiran lah bak kata orang. tapi, walau matang macam mana pun aku, aku masih tak bersifat terbuka menceritakan masalah peribadi aku. mungkin, itu memang bukan sifat aku.
Bersendirian. aku memang suka berkawan. aku suka berkumpul dengan kawan2. tapi, sebenarnya, masa paling berkualiti aku setiap hari adalah masa aku bersendirian. Aku akan pastikan, ada beberapa ketika dalam sehari aku spend masa untuk aku duduk berteleku sendirian. Di mana, fikiran aku menerewang jauh, merentas horizon tanpa hala tuju.
-Fin- :)


0 comments:
Post a Comment