Jadi aku memberanikan dirilah pergi interview. kecut jugak perut aku masuk hotel tu. Yalah, hotel tu taraf 5 bintang, aku ni, ah lah cemerkap. dapat ke aku kerja yang memerlukan standard kelas atasan macam ni.? hmm, aku mula rasa tak yakin pada diri aku sendiri.
Semasa interview, bodohnya aku, aku cakap, aku nak kerja sekejap je, dalam 3 bulan, memanglah dia tak terimakan. adoii, pintar sungguh awak Haziqah ==" tapi, ada sorang abang ni, dia suggestkan aku kerja bahagian Banquet, sebab tak de orang. Lepas pergi interview dengan in-charge, aku tak melakukan kesilapan yang sama, aku cakap aku nak kerja, tak tahu sampai bila. so aku diterima. yeayy.! :)
Hari Pertama: aku dapat uniform dan juga tag nama. In charge aku cakap, kalau boleh, cari stokin yang lagi nipis dan skirt tu pendekkan lagi okay. err.? Hari pertama kan, aku ikutkan ajalah.
wah, macam orang gaji rumah orang kaya dalam cerita korea ada jugak kan. aku mula berangan plot cerita kat korea pastu tuan rumah jatuh hati kat aku. *.* stop it, haziqah.
okay, back to work, aku ditugaskan untuk buat ballroom preparations. Aku pun belajar lah lipat napkin macam2 cara, french pleat, trifold, opera fan, bird of paradise dan jugak rose. senang je sebenarnya. tapi cantik kan. alah, macam buat origami je benda ni. best :)


banyak tau nak kena buat, sebab ballroom kan. ramai guess.
Hari Kedua: aku ditugaskan untuk serve beverages untuk perkahwinan Sikh. dalam satu dulang, wajib ada 5 jenis air, dan kita kena angkat dengan sebelah tangan, support dulang bahagian tengah. ala, macam pelayan2 lah kan. lenguh tangan okay buat benda ni. dah lah berat, memang menggalakkan pertumbuhan muscle aku. 4 jam. lama gila.! sumpah penat. Tapi ada satu lah yang aku tak selesa. 2 jam pertama, memang air yang disediakan macam orange, mango, pink guava, sprite and coke. tapi, bila que je Bar Open, mulalah tugas aku untuk menyediakan arak, arak apa kau nak, bagi tau je, nak pekat, nak cair, elok2 aku tak tahu, jadi pakar benda2 ni. astaghfirullah. terus tak berjiwa aku nak buat kerja ni. Sejak itu, aku simpan tekad untuk berhenti buat kerja banquet server ni. Aku balik dengan keadaan yang tidak selesa dan jiwa yang tak tenteram. ish3
Hari Ketiga : aku ditugaskan untuk jaga Ballroom jugak. tapi aku dah cakap dengan Captain (incharge) yang aku tak nak serve2 arak lagi dah. Then, dia taruklah aku jadi Back lane. Back lane, kerja ni memang best, tak penat sangat. sebab aku jadi Back lane pun untuk perkahwinan Cina. so, sediakan Jasmine tea je lah. mudah je. tak susah pun.
Hari keempat: aku ditugaskan untuk menjaga bilik Seminar. Bilik seminar pulak, lagi senang kerjanya, tunggu orang break, kita hidang lah. tak susah pun. Tapi aku kan memang dah tekad nak berhenti, jadi hari ni aku bagi tau la Captain aku, dengan alasan, aku dah dapat tawaran sambung belajar. maaf, tapi saya dah penat dan tak ada hati nak buat kerja macam ni lagi. heeee :P
Hari kelima : Rakan-rakan mula menyatakan ketidak puas hatian mereka sebab aku berhenti cepat sangart. haha. tapi, nak buat macam mana, aku tak rasa aku nak buat kerja ni lama-lama. sekadar cuba-cuba je. Tapi, pengalaman banyak aku dapat bila kerja Banquet ni. Lima hari aku kerja dapatlah RM 280. banyak jugak. heee. shopping.! Pavilion tepi hotel je, :P
Inilah kisah kerja aku yang sangat sekejap je ni, aku terfikir untuk kerja tempat lama semula. dekat dengan rumah, eh silap, bawah rumah aku je, kurang kos itu ini, so, aku apply lah kerja baru. tak tahulah, dapat lagi ke tak kerja kat situ. harap2 dapatlah, malas aku nak pergi interview banyak2. :D




0 comments:
Post a Comment