Friday, April 1, 2011

Kelas Terakhir

Rasa sekejap je masa berlalu, 10 Mei 2010 aku masuk KMNS, didedahkan dengan cara pembelajaran yang berbeza dari sekolah menengah, tup tap tup tap, hari ni dah kelas terakhir dah kat sini. kalau tak repeatlah. choiii,nauzubillah.!! :P

Bersempena kelas terakhir ni, kami semua warga F6P5 berpakat pakai merah, tapi, bila dah akhir kelas ni, memang ramai yang pupus. *ramai tu merujuk kepada guys dan jugak aku sorang wakil daripada ladies. :P

Tapi, setelah mengambil kira, aku hadirkan diri juga ke kelas. yelah, rugi orang nanti bercakap pasal last class, aku sibuk membongkang kat bilik menyakitkan hati cikgu-cikgu. haha

kelas terakhir kami merupakan kelas fizik Pn. Mazlinda. Pn. Mazlinda bagi aku seorang cikgu yang sangat mengambil berat tentang pelajar dia, menasihat tapi tak memaksa. terima kasih cikgu, walau kami tak tunjuk, tapi kata-kata dan nasihat cikgu akan kami ingat sampai bila-bila. you're the best. :)
yang bawah ni pulak, madam Cheah. madam ni memang teacher english terbaiklah yang pernah aku ada. cikgu berjiwa murid. walaupun ramai di antara kami yang banyak buat masalah (well, F6P5 memang terkenal dengan pencetus masalah) :P, tapi teacher ni bersabar je, redha je dengan kami. kalau kami ada masalah dengan lecturer lain pun, beliaulah yang akan menenangkan kami dan memberitahu jalan penyelesaian yang kami patut ambil. (kami pula kebanyakannya merujuk pada diri aku sendiri.haha)
thank you for everything teacher.! :D

Setelah tamat kelas, aku dan rakan2 ku dari pelbagai jurusan, semuanya berkumpul di Kafe D,untuk makan2 selepas kelas yang terakhir. oh, sedihnya. sebab selalu selepas kelas pada hari jumaat, kami akan makan beramai-ramai. dan ini, merupakan jumaat terakhir. sedih sangat.

*picca picca*
si petite kurus dan gendut: Salwa and Laily :P
the Oct 19 baby : Lukman and Hajar
the dec 28 baby: Iylia and Naqib
the account hotties: Ajwad and Zulaikha

kumpulan nasyid kontemporari :p haha
hoyeahh,,kelas dah habis.!!
Good bye KMNS,, aku tak nak repeat :P

0 comments: