Sunday, March 6, 2011

Malam Apresiasi Jauhari

Malam Apresiasi Jauhari. Meh aku cerita apa itu MAJ. Malam ni kiranya malam untuk mengenang segala aktiviti, penghargaan dan penganugerahan untuk sesiapa yang aktif dalam kluster Jauhari. Kluster Jauhari ni merupakan 5 blok kediaman pelajar wanita yang terdiri dari blok A1 sehinggalah blok A5.

Aku pula merupakan Biro Disiplin dan keselamatan Blok A3 dan juga salah seorang pelajar yang aktif dalam segala aktiviti yang dianjurkan di blok ini. Biasalah,, aku ni memang suka sangat bab2 aktiviti luar bilik darjah ni :P

Untuk malam Apresiasi Jauhari ni, aku telah itugaskan untuk membuat backdrop dan juga tayangan slide. fuhh,,penat sieh. macam2 nak kena arrange.

berpeluh2 aku nak memotong, memanjat and menampal huruf tuh. boleh kurus lah senang cerita.:P
last2 minit nak tayangan slide lah pulak kan,, terkejar2 aku nak menginterview macam2 orang. selamatlah aku minat benda2 macam ni, so tak terpaksalah buat2 semua benda ni.ahha.kata orang,kalau nak sesuatu benda tu berjaya,kena buat dengan hati yang ikhlas.heee

Malam kemuncak Apresiasi ni,, semua pelajar perlu mengikut tema.iaitu warna biru.so,memang biru lah penglihatan semua orang malam tu.macam puak Navi dari Avatar tu pun ada jugak.ahhaha

Tapi, pemenang2 aktiviti kena buat persembahan dulu.haihh.orang lain semua cantik2 memperagakan fesyen, aku sorang je terpacak tengah2 pakai baju melayu kuning dengan tanjak bagai.fuyohh,,kira macam akulah satu2 nya hero wanita Jauhari malam tu.muahaha
dah settle semuanya,,barulah aku sempat menonjolkan sikit sifat keperempuanan aku ni.hahah.taklah cantik macam orang lain,,tapi tak kisahlah,,pada malam ni, semua orang puteri, semua orang cantik.!
inilah antara dua ratu cantik malam apresiasi jauhari.saja je aku bergambar dengan depa ni.ambil aura kecantikan depa,nak rasa jadi ratu jugak.tapi,,ratu2 ni,,not my thinggg :P

KLUSTER JAUHARI IS THE BEST.!! ESPECIALLY BLOK A3.!! :D

0 comments: