Hmmm. sekejap je masa rasanya berlalu. Aku kena balik KMNS semula dah. dan, selepas ni, tak ada lagi alasan untuk pulang ke Kuala Lumpur setiap minggu kerna si dia pun dah nak berangkat pulang ke Mesir setelah mendapat berita yang keadaan lebih kurang sudah stabil dan kuliahnya sudah dapat dijalankan seperti biasa. Sedih. Sebab aku tak pasti bila dapat berjumpa dia lagi. hmmm. Tapi, inilah cabaran perhubungan kami, bertemu dan berpisah. Tapi, aku sentiasa berpegang pada kata : 'we're only part to meet again'. Masa itu berlalu sekejap sahaja kalau kita pandai menikmati kehidupan ini.

Kepada kau dan aku, harap bersabarlah hati, setia menanti, dan berdoa yang terbaik untuk perhubungan kita. amin :)
1 comments:
aaaa touching nye aku ! :')
Post a Comment